Total Pageviews

Saturday, November 6, 2010

merenung sejenak...

Hujan..bala atau rahmat??terpulang kepada penilaian dan keadaan individu..tapi bagi aku ianya rahmat dariNya kepada kita..tanpa hujan mampukah isi alam meneruskan hidup?
Sambil memerhatikan juraian air yang turun membasahi jalan tar dihadapan kedai runcit yang sudah aku laburkan isi dompet entah beratus mungkin beribu,aku sedut dalam-dalam kretek yang khabarnya sudah diharamkan jualannya...(Mubarak steady ja jual)..aku sedut dalam-dalam sampai penuh rongga paru-paru aku..bosan...harini memang bosan..sehari aku terperangkap dalam rumah..sampai khatam buat kali ke 3 Lord Of The Ring..jam 5.30 p.m hujan mula renyai..aku lihat setiap wajah yang melewati aku tenang..seperti tidak pernah merasa gelisah..tapi tidak aku..suku akalku berputar meneka aktiviti rakan-rakanku di kala hujan ini..dan selebihnya akalku kepada 'dia',hanya 'dia'...susah benar nak lupakan...patutkah aku menyerah dan melepaskan dia begitu sahaja kepada orang lain?'i'm just giving him a chance..'Wow!!pedihnya!setelah apa yang orang tu buat kepada 'dia' tapi 'dia' masih memberi peluang..akhirnya keputusan aku hanyalah melepaskannya..biarlah aku seksa asalkan dia bahagia...biarlah hari-hari aku berlalu tanpa makna asalkan dia gembira......
Benar sekali...'rakan ialah pengubat pabila duka'..aku setuju dengan pernyataan ini...aku beruntung kerana mempunyai rakan yang selalu membuat aku tersenyum...TERIMA KASIH KAWAN!

                                                                      ~sekian~

No comments:

Post a Comment